Kriteria Penilaian

Teknologi Sedia Ada
  • Teknologi yang dicadangkan bukan prototype dan bukan peringkat R&D; dan
  • Teknologi MESTI terdiri daripada teknologi tempatan atau teknologi telah tersedia di pasaran dan tidak melibatkan perolehan luar negeri.
Peruntukan
  • Kos peruntukan yang minimum tetapi tidak menjejaskan kualiti projek.
Dinikmati Ramai
  • Setiap projek hendaklah sekurangnya 100 orang penerima faedah.
Dilaksanakan Dalam Masa Yang Singkat
  • Projek yang dicadangkan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh maksimum 12 bulan
Berimpak Tinggi
  • Projek yang dicadangkan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat menerusi aspek:
    • Meningkatkan produktiviti; atau/dan
    • Meningkatkan pendapatan komuniti terlibat; atau/dan
    • Mewujudkan peluang pekerjaan baharu; atau/dan
    • Peningkatan kadar pemuliharaan alam sekitar.
Mampan
  • Projek yang dicadangkan boleh berkembang serta mempunyai pelan perniagaan (Business Plan) atau pelan Exit yang jelas untuk menampung kelestarian projek (2 tahun setelah projek siap).
Penyelesaian Masalah
  • Mengemukakan dokumen / laporan yang menunjukkan projek tersebut telah berjaya dilaksanakan di komuniti lain sebelum ini.
Perancangan Projek
  • Projek yang dicadangkan telah dibuat sesi engagement bersama masyarakat dan kolaborator, disokong oleh baseline study dan mempunyai komponen kos yang jelas.
Kos Selenggara
  • Projek yang dicadangkan hendaklah mempunyai kos selenggara yang rendah, alat ganti yang mudah diperolehi, mudah untuk diselenggara oleh masyarakat dan mempunyai waranti.
Kelestarian Alam Sekitar
  • Projek yang dicadangkan boleh mengurangkan kebergantungan kepada sumber alam tidak boleh diperbaharui, boleh dioperasi tanpa bekalan konvensional, mengurangkan penggunaaan tenaga manusia dan mengurangkan penggunaan jentera berat.