MyIS Komuniti

Pengenalan

Program Inisiatif Inovasi Sosial Malaysia (MyIS Komuniti) merupakan inisiatif dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai agensi pelaksana. Program ini telah dilaksanakan semenjak tahun 2015 sehingga 2020 dan diteruskan pada tahun 2021.

Program ini merupakan inisiatif yang menjurus kepada penjanaan pendapatan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar. Inisiatif ini juga bertujuan untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi bagi memenuhi keperluan sosial.


Tema Program

Tema program adalah “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi”.

Objektif

Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui aplikasi teknologi dan inovasi tempatan yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan.